Sunday, 10 March 2013

Be strong and stay positive!

Assalamualaikum..


  Perasaan, kenapa kau memakan diri?
Hati, ke mana pergi keyakinan kau?
Ke mana pergi ketabahan kau?
Dan keraguan, kenapa kau muncul saat ini?

Have faith, Qama.. Allah know the best.
Just keep on going and keep on smiling. :')





Till meet again :)

Sunday, 24 February 2013

I thought

Assalamualaikum..


I thought it just me,
I thought it just because of the situations,
but it isn't.
I thought its just the game of the heart,
And i thought its will fade away as time passes by.

Somehow it isn't.
Somehow it still the same.
Somehow its not just me.
And somehow the truth had just revealed.

However the time already passed by.
We're too late.
It had been a history and a nice memory.
That will be our remembrance.

My heart leaps as i know the truth,
then it fall to the pieces,
and tears rolling down the heart.

And I thought we can say it as regret.




Till meet again :)

Saturday, 16 February 2013

Nawaitu.

Assalamualaikum..

    Hye korang.. Apa aktiviti hujung minggu ni? Aku macam biasa lah, cuti- cuti ni niat nak belajar selalu jek lari. Tau - tau je dah melagha tak tentu pasal. Takde kesedaran sivik betul kau ni, Qama.*dush dush* For those yang berjaya bukak buka dan baca dan faham apa yang korang baca, aku salute lah..*clap clap*  Bukan apa, time cuti nih godaan  dugaan tu besar sikit. Tetibe je tv ada cerita best, tetibe je mata pandai nak ngantuk dan benda yang aku palingggg lah benci, bila tetibe je aku pandai nak bangun lambat. Haihh buruk bete perangai itu =,=' Amatlah rasa membuang masa.

   Hurm, berbalik kepada topik asal, Nawaitu, atau Niat. Few years back in school, setiap kali perhimpunan dan setiap kali kelas, Ustad Kusnan memang akan suruh pelajar dia betulkan niat. Memang ayat fofulor ustad lah tu.." betulkan niat anak- anak. sahaja aku pergi ke sekolah untuk menuntut ilmu untuk mencari keredhaan Allah S.W.T" Haa tu dia.. Bukan apa, kita kadang-kadang terlupa dan lari dari niat. Macam aku, niat datang sarawak nak belajar, tetibe tertambah niat nak cari suami. Eh? boleh pulak gitu? Tak, tak, tak.. Betulkan niat balik, Qama oii.. Haha. Semua perkara pun, apabila dimulakan dengan niat, InsyaAllah akan menjadi ibadah dan dipermudahkan urusannya..

    Dan niat anda, mestilah yang baik-baik. Eh? ada ke orang niat benda-benda jahat?  Eh, adalah.. Innama a'malu bin niat. Sesungguhnya amal perbuatan itu bergantung kepada niat. Kalau baik niatnya, maka baiklah. Kalau jahat niatnya maka jahatlah. Jadi pilihlah untuk berniat perkara-perkara yang baik. Be positive, people. Positive!


Dari Ibnu ‘Abbas, Rasulullah SAW. bersabda, “Sesiapa yang berniat untuk berbuat kebaikan tetapi tidak jadi mengerjakannya, maka akan dituliskan untuknya 1 kebaikan (pahala) yang sempurna, jika dia benar-benar mengerjakannya, maka Allah akan menuliskan untuknya 10 hingga 700 kebaikan, bahkan boleh lebih banyak lagi. Sesiapa yang berniat untuk berbuat kejahatan tetapi tidak jadi mengerjakannya, maka akan dituliskan untuknya 1 kebaikan yang sempurna, jika dia benar-benar mengerjakannya, maka Allah akan menuliskan 1 keburukan (dosa) untuknya.” (HR Bukhari & Muslim)

P/s: agak-agak aku kalo masak kat sarawak ni tak sedap je ada kaitan dengan niat tak ek? sebab bila balik johor je masakan terus sedap. Mungkin sebab niat masakkan untuk orang tersayang kot. haha :P


Till meet again :)

Friday, 15 February 2013

Le familia and me, Sharing hobbies together.

Assalamualaikum..

     My siblings and I do share hobbies together which is base on one thing. ANTIQUE! Yeah, we do love antique stuffs. It a piece of what people may call junk, rubbish or whatever it is, but for us, its a valuable thing that you may not find it in your future. Mana dapat hobi ni? Parents of course! It started when Mom and Dad  start to collect the old pinggan mangkuk dan tea set zaman tok kaduk. Then anak-anak diorang pon ikot lah jugak..  Bukan apa, terkenang zaman kecik- kecik dulu dok pecahkan pinggan- pinggan ni semua kat rumah atok. Dan sekarang, bagi mengimbas kembali memori tu, kita kumpul dan jaga dia elok- elok..Mana nak dapat lagi sekarang ni kan?

    Entah macam mana, hobi ni makin melarat.Haha. Its just expend by its own. We all do have our own collection yang kitorang suka. And we become pickers and go hunting. Hunting adalah istilah yang digunakan bila kita pergi cari this old vintage stuff ye anak-anak.. Selalunya aktiviti hujung minggu kitorang memang yang ni lah.. Cuma sekarang dah tak lah se extreme dulu. Where? Kedai apek lama-lama, pasar karat or here, Amcorp Mall and Anggerik Mall every sunday. Di Amcorp dan Anggerik setiap ahad memang ada this kind of stuff.. Carik je semua ada. Piring hitam, pinggan mangkuk lama, jam lama, yang terpakai yang NOS( New Old Stock,people)  just name it. Semua barang- barang zaman biyen (dulu-dulu in jawa) semua ada. We're not just collecting it, we also sell it. Berkongsi minat kepada yang lain..:)

                 Suasana sekitar Anggerik Mall

                      Suasana sekitar Amcorp Mall




Abang Chan And Abang Man's collection. Diorang geng bikers.. So semua nak yang bike punya.. Feel free to stop by at Blackfire Store that sell superbike's tyres and parts. :)


Sebahagian koleksi jam lama abg Yun dan abg Ir. Hasilnya adik dia ni dapat pakai jam Titoni Cosmo Queen yang super Rare! Koleksi yang ini, dicetuskan dan didedikasikan khas untuk Ayahanda tercinta yang suka jam lama. Abang Ir paling advanced antara kitorang semua. Koleksi antik dia, tak payah cakap lah. Haa, tengok sendiri kat  Sini.

                           The old pinggan mangkuk lama

   Do take note yang aku tunjukkan semua ni hanya sebahagian. Ye, SEBAHAGIAN. Tuu.. dalam store, everywhere in the house ada barang lama. Me, as the lady in the house, mesti lah geng dengan ibu.. We love the vintage english things. Even my wedding dream is on vintage english theme! All that i can say is we love our hobbies. We love how we can spend time together, sharing, laughing and loving each other in the way we are. El- Wiraie Rock! :)

Till meet again :)



Saturday, 9 February 2013

Bakery

Assalamualaikum..

        Bakeri. Apa ada kat Bakeri? Of course lah benda-benda biasa macam roti, kek dan pastry. Tapi aku suka bakeri. Bau dia, rasa hangat bahang oven dia, dan suasana dia yang rileks. Buat aku rasa tenang je. Suatu masa dulu, aku pernah impikan untuk ada bakeri sendiri, dan aku masih lagi impikan perkara yang sama. Funny little thing. Belajar Diploma Sains, dan bercadang untuk further Degree in Biology, tapi nak bukak bakeri. Pada aku tak salah. Bakeri boleh jadi kerja sampingan aku. Because i just love it. Aku nak hasilkan kek yang cantik-cantik, yang amat tempting, dan akan buat orang gembira. A nice place yang orang boleh sit and read some books or having a nice chatting with their love ones, with a cup of tea and a slice of cake. Just like how they work on me. A slice of cake or a cupcake can make me calm and happy.

        How I'm gonna open up my own bakery?  Yang tu aku hold dulu. Because i need to focus on my Science for now. Since baking is so much my passion, kalau ada waktu terluang, baru aku boleh menambah ilmu baking tu. Just like when i choose to further study in science, aku cakap pada diri aku, yang itu boleh kejar bila-bila. Sebab dia ada kat mana-mana. Betul lah kan, sekarang banyak kursus baking. dan kebanyakkan yang berjaya pun mulanya dari bisnes kecil- kecilan dari rumah. Lets just go step by step and focus on one thing first.

       Aku cuma harap, suatu hari nanti cita-cita aku yang satu ni tercapai. Walaupun nanti hanya bisnes kecil- kecilan dari rumah. Dan yang pastinya nanti, aku nak yang ni ada kat dapur idaman aku.
     
                                       Idaman kalbu

    Feeling dia riang ria di hari raya kalau dapat mixer yang ni. Terus rasa dapur tu extra cantik. Terus je hari-hari rajin nak baking. Dan terus je sayang lebih-lebih kat orang yang belikan. Muehehe kalau ada yang nak belikan lah. Kalau tak I beli sendiri. Haha. Dah, nak pegi kira tabung bear kalau-kalau cukup nak beli ni sekarang. hehe. Bye!


Till meet again :)

Friday, 8 February 2013

It's so me.

Assalamualaikum..

     Hi everyone! My Chinese New Year holiday just begin. Like always, i'm stuck at Sarawak while both of my brother and in law going back to the hometown.. isk isk.. Redha je lah.. And I really miss shopping there.  Lagi- lagi bila beg kesayangan bawak pegi kuliah tiba-tiba buat hal. Mintak baru betullah. I know it's a right time beg tu nak buat hal sebab sales is everywhere..huuu rambang mata oi.. haha.

    Talking about shopping, I have my own habits during shopping time. Sape yang takde kan? and we're ladies, and we love shop. And we are very choosy with everything ( cakap cerewet sudah). Haha. :P
I remember last time when i went to buy a new shoes, I went for two shopping malls but i couldn't find a suitable one for me. That moment my friend just said, " I don't know how u gonna find your wedding shoes later. Nak cari kasut buat pegi kuliah pun susah, belum kasut kawin lagi". Haha. So true, tapi takpe, kawin nanti i custom made je kasut tu..

    I also found that shopping with friends ( especially male friend) is not as fun as I'm shopping with my family. Kenapa? sebab aku tak boleh pegang tangan diorang. Sebab aku memang suka pegang tangan orang kalau keluar jalan-jalan. Tu benda wajib aku buat lagi-lagi bila keluar dengan ibu dan ayah. I grown up with 4 brother which act like a bodyguard to me. So holding hands with them is a habit for me. Well, dulu lah kan sebelum ada kakak- kakak ipar. Sekarang samada diorang pegang tangan kakak ipar atau diorang dukung anak. Mueheheh bapak mithali diorang tu. *hey abang,rindu lah nak shopping pegang tangan dengan korg!*  Dan orang yang teman aku shopping selalunya kene jadi penasihat. Barang tu ok tak, bagus tak, sesuai tak, dan paling penting, lulus ke tak nak beli. This is very important sebab ayah ibu dan terutamanya abang-abang akan audit apa yang aku nak beli. Contohnya kalau baju tu tak labuh ke, ketat sangat ke, diorang memang tak luluskan lah.

    Bila dah pandai shopping sendiri, walaupun aku jauh dari diorang semua tapi benda pertama yang aku ingat ialah lulus ke tak beli barang tu pada pandangan diorang. Dan aku pun akan terbiasa tanya kat kawan-kawan yang teman shopping barang tu ok ke tak, sesuai ke tak and etc. dan aku hanya pegang tangan Nadia dan Viena je kalo jalan-jalan as they are my bestie here. And It's so me. The typical me. :)



Till meet again :)


Sunday, 3 February 2013

Bacalah

Assalamualaikum..

     Happy sunday everyone! Cuaca kat tempat korang ok ke? kat Samarahan mendung, gerimis kejap-kejap. Alhamdulillah.. Hmm bila cuaca tengahari mendung- mendung dan perut pun kenyang lepas lunch, serta- merta mata mengada-ngada mintak tido. Haihh, tak boleh jadi nih sebab plan asal adalah untuk study. i got physics and statistics test, also biology quiz next week. And all of it is on  the same day! Ohh stress kejap. So, supaya aku tak mengantuk dan bertambah malas, aku dengar lagu. And currently, lagu ni buat aku berfikir.


                         Bacalah- Rabbani

    Tiba-tiba aku terfikir, kita sebagai hamba Allah, memang disuruh membaca. Untuk mencari dan menuntut ilmu-Nya. Bahkan sewaktu zaman Rasullulah S.A.W hendak diangkat menjadi rasul, wahyu pertama beliau adalah "Iqra". Allahurabbi.. sedangkan Rasulullah S.A.W pun diajar untuk membaca oleh malaikat Jibrail. Kita yang manusia biasa ni, selalu pula lari dari ilmu. Baru berdepan dengan ilmu yang susah sikit je dah mula nak give up.. Dalam menuntut ilmu, kita tak boleh putus asa. Dari kita kecil dan hingga ke liang lahad sekalipun, kita masih menuntut ilmu. Sedangkan ilmu Allah itu amat luas. Tak kan pernah habis untuk dipelajari. Teruskan usaha kawan-kawan.. Jangan pernah berhenti belajar.


Ya Allah,
Permudahkan dan Berkatilah perjalanan aku menuntut ilmu-Mu,
Jangan Engkau wujudkan hijab antara aku dan ilmu-Mu,
Sungguh Ya Allah,
Ilmu-Mu amat indah.
Bimbinglah aku menggunakan Ilmu-Mu sebaik-baiknya.
Tanpa bimbingan Engkau,
Aku hanya hamba Mu yang alpa.


p/s: Bacalah..lihatlah dengan mata, selami sanubari.

Till meet again :)