Saturday 16 February 2013

Nawaitu.

Assalamualaikum..

    Hye korang.. Apa aktiviti hujung minggu ni? Aku macam biasa lah, cuti- cuti ni niat nak belajar selalu jek lari. Tau - tau je dah melagha tak tentu pasal. Takde kesedaran sivik betul kau ni, Qama.*dush dush* For those yang berjaya bukak buka dan baca dan faham apa yang korang baca, aku salute lah..*clap clap*  Bukan apa, time cuti nih godaan  dugaan tu besar sikit. Tetibe je tv ada cerita best, tetibe je mata pandai nak ngantuk dan benda yang aku palingggg lah benci, bila tetibe je aku pandai nak bangun lambat. Haihh buruk bete perangai itu =,=' Amatlah rasa membuang masa.

   Hurm, berbalik kepada topik asal, Nawaitu, atau Niat. Few years back in school, setiap kali perhimpunan dan setiap kali kelas, Ustad Kusnan memang akan suruh pelajar dia betulkan niat. Memang ayat fofulor ustad lah tu.." betulkan niat anak- anak. sahaja aku pergi ke sekolah untuk menuntut ilmu untuk mencari keredhaan Allah S.W.T" Haa tu dia.. Bukan apa, kita kadang-kadang terlupa dan lari dari niat. Macam aku, niat datang sarawak nak belajar, tetibe tertambah niat nak cari suami. Eh? boleh pulak gitu? Tak, tak, tak.. Betulkan niat balik, Qama oii.. Haha. Semua perkara pun, apabila dimulakan dengan niat, InsyaAllah akan menjadi ibadah dan dipermudahkan urusannya..

    Dan niat anda, mestilah yang baik-baik. Eh? ada ke orang niat benda-benda jahat?  Eh, adalah.. Innama a'malu bin niat. Sesungguhnya amal perbuatan itu bergantung kepada niat. Kalau baik niatnya, maka baiklah. Kalau jahat niatnya maka jahatlah. Jadi pilihlah untuk berniat perkara-perkara yang baik. Be positive, people. Positive!


Dari Ibnu ‘Abbas, Rasulullah SAW. bersabda, “Sesiapa yang berniat untuk berbuat kebaikan tetapi tidak jadi mengerjakannya, maka akan dituliskan untuknya 1 kebaikan (pahala) yang sempurna, jika dia benar-benar mengerjakannya, maka Allah akan menuliskan untuknya 10 hingga 700 kebaikan, bahkan boleh lebih banyak lagi. Sesiapa yang berniat untuk berbuat kejahatan tetapi tidak jadi mengerjakannya, maka akan dituliskan untuknya 1 kebaikan yang sempurna, jika dia benar-benar mengerjakannya, maka Allah akan menuliskan 1 keburukan (dosa) untuknya.” (HR Bukhari & Muslim)

P/s: agak-agak aku kalo masak kat sarawak ni tak sedap je ada kaitan dengan niat tak ek? sebab bila balik johor je masakan terus sedap. Mungkin sebab niat masakkan untuk orang tersayang kot. haha :P


Till meet again :)

2 comments: